Pembikinan High School Musical 2

Pada awal tahun 2007, Ashley Tisdale, Corbin Bleu, dan Vanessa Hudgens dilaporkan bertahan untuk mendapatkan kontrak yang lebih lumayan.[3]

Sebelum bemulanya latihan, pihak pembikin High School Musical menjalankan undian[4] untuk mengetahui kehendak penonton untuk High School Musical 2. Antara permintaannya termasuk:

  • Papan putih di bilik darjah Cik Darbus tertulis "Matikan telefon bombit anda."
  • Salah sehelai kemeja-T Chad bertulis "I Majored in Vacation."
  • Troy menyajikan sandwic mentega kacang dan jem untuk Gabriella sempena temujanji perkelahan mereka.
  • Kart golf Sharpay diidi produk kecantikan.
  • Miley Cyrus dari filem Disney Hannah Montana membuat penampilan istimewa dalm filem sebagai salah seorang penari berdekatan kolam sebelum penghujung adegan tarian "All for One".

Pada 6 Mac, barisan pelakon mula merakan babak-babak terawal filem di Salt Lake City, Utah di East High School. Pada 10 Mac mereka beralih ke Snow Canyon Country Park, St. George, Utah untuk merakam saki-baki filem. Pemfileman berakhir pada 16 April 2007.[perlu rujukan]

Alih suara bahasa Malaysia

Di Malaysia, High School Musical 2 ditayangkan buat julung kalinya pada 9 September 2007 dengan siaran dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris) melalui saluran Disney Channel Asia[5]. Versi alih suara Bahasa Malaysia menamppilkan suara-suara bekas peserta Akademi Fantasia, iaitu:

Ini cuma kali kedua Disney Channel menayangkan filem televisyen dengan alih suara Bahasa Malaysia, selepas filem High School Musical pertama pada 31 Ogos.

Rujukan

WikiPedia: High School Musical 2 http://www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/or... http://www.disneychannel.com/highschoolmusical2 http://psc.disney.go.com/disneychannel/originalmov... http://www.imdb.com/title/tt0810900/ http://www.metacritic.com/tv/shows/highschoolmusic... http://ca.today.reuters.com/news/newsArticle.aspx?... http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2007... http://www.timeout.com/newyork/article/15732/high-... http://www.tmz.com/2007/02/09/high-school-musical-... http://www.usatoday.com/life/television/news/niels...